Basic Cleaning: untuk penjagaan berkala
Basic Cleaning sesuai bagi unit yang masih sejuk dan berfungsi baik tetapi memerlukan cuci filter, semakan aliran air serta ujian operasi. Harga OneTech ialah RM98 untuk 1HP hingga 3HP.
Chemical Service: untuk kotoran lebih mendalam
Chemical Service sesuai apabila unit kotor, berbau, aliran udara kurang atau sudah lama tidak diservis. Technician membuka panel dan filter, membersihkan bahagian coil dan blower yang berkaitan, membersihkan laluan drain yang boleh dicapai dan menguji unit selepas dipasang semula. Harga OneTech ialah RM118 untuk 1HP hingga 3HP.
Premium Overhaul: untuk kerja buka dan cuci menyeluruh
Overhaul melibatkan indoor dan outdoor dibawa turun, gas dipump down, komponen indoor dibuka, dibersihkan, dipasang semula dan sistem divacuum. Ia sesuai apabila diagnosis menunjukkan kerja pembersihan menyeluruh diperlukan.
WhatsApp kami →