OneTech.myTentang Kami

MIRI, SARAWAK · SEJAK 2020

Tentang Kami

OneTech.myService you can trust

OneTech.my ialah jenama perkhidmatan penyaman udara yang dikendalikan oleh Berjaya Sama Contractor Enterprise (BSCE), sebuah perniagaan tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2020 di Miri, Sarawak.

Sejak penubuhannya, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penyaman udara yang profesional, berkualiti dan boleh dipercayai kepada pelanggan kediaman serta premis perniagaan.

Premis dan kenderaan berjenama OneTech.my di Permyjaya, Miri
Permyjaya, MiriPremis dan kenderaan operasi OneTech.my
Bermula pada 2020Kediaman & premis perniagaanDikendalikan oleh BSCE

01 / PERJALANAN KAMI

Semuanya bermula pada tahun 2020.

Daripada operasi di rumah kepada sebuah jenama tempatan yang terus berkembang.

Kepercayaan pelanggan dan penekanan terhadap mutu kerja menjadi asas kepada perkembangan jenama OneTech.my.

Bermula dari rumah

Berjaya Sama Contractor Enterprise memulakan operasinya pada tahun 2020, ketika dunia sedang berdepan pandemik COVID-19.

Pada peringkat awal, perniagaan ini beroperasi dari rumah dengan hanya seorang individu yang menguruskan kerja-kerja perkhidmatan penyaman udara.

Terus berkembang

Bermodalkan pengetahuan teknikal, peralatan kerja yang sesuai serta komitmen terhadap kepuasan pelanggan, perniagaan ini mula berkembang seiring dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penyaman udara yang berkualiti di Miri.

Premis dan kenderaan berjenama OneTech.my di Permyjaya, Miri
Berpusat di Permyjaya. Bergerak untuk pelanggan di Miri.

02 / PERKEMBANGAN KAMI

Daripada operasi kecil kepada pasukan profesional.

Daripada sebuah perniagaan kecil yang bermula dengan seorang pengusaha, OneTech.my kini berkembang dengan sokongan pasukan juruteknik dan kakitangan operasi.

Operasi syarikat berpusat di Pusat Bandar Baru Permyjaya, Miri, dengan sokongan kenderaan operasi, peralatan teknikal dan sistem pengurusan tempahan pelanggan.

Kami terus berusaha meningkatkan kecekapan pasukan melalui latihan teknikal, pengalaman kerja lapangan serta penggunaan kaedah penyelenggaraan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

04 / KOMITMEN KAMI

Mutu kerja. Keselamatan. Tanggungjawab.

Kami percaya bahawa perkhidmatan berkualiti bukan sekadar memastikan penyaman udara kembali sejuk, tetapi turut melibatkan ketelitian kerja, keselamatan, komunikasi yang baik dan tanggungjawab selepas perkhidmatan.

Juruteknik yang menjalani latihan teknikal
Amalan kerja yang mengutamakan keselamatan
Peralatan dan kaedah servis yang bersesuaian
30 hari waranti kerja servis
90 hari waranti kerja pemasangan
Sistem tempahan yang memudahkan pelanggan

Syarat waranti tertakluk kepada jenis kerja dan terma perkhidmatan syarikat.

LATIHAN & PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Terus belajar. Terus meningkatkan kemahiran.

Antara latihan teknikal yang telah diikuti oleh pemilik OneTech.my di ILP Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam. Pengalaman pembelajaran teori dan praktikal ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang penyaman udara.

Latihan praktikal
Pemeriksaan unit dalaman
Stesen & peralatan latihan
Bersama peserta & pengajar
Taklimat peralatan servis
Pembelajaran teknikal
Latihan di ILP Kuala Lumpur
Pembelajaran teori

05 / HALA TUJU KAMI

Misi Kami

Memberikan perkhidmatan penyaman udara yang profesional, berkualiti dan boleh dipercayai melalui tenaga kerja yang kompeten, pengurusan operasi yang cekap serta komitmen berterusan terhadap kepuasan pelanggan.

Visi Kami

Menjadi antara penyedia perkhidmatan penyaman udara tempatan yang dipercayai di Sarawak, bermula dari Miri dan berkembang secara berperingkat ke pasaran yang lebih luas.

06 / KENALI OPERASI KAMI

Tempatan. Mudah dihubungi.

BSCE — Berjaya Sama Contractor Enterprise

Nama entiti

BERJAYA SAMA
CONTRACTOR ENTERPRISE
Alamat operasi
Lot 8683, Ground Floor, Pusat Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak.
Waktu operasi
Isnin–Sabtu, 9 pagi–5 petang
Kawasan perkhidmatan
Miri, Sarawak — dari Kuala Baram hingga Bakam, tertakluk kepada semakan lokasi dan jadual.
WhatsApp Admin
011-25126800 ↗

Sebelum kerja dimulakan

Kami meminta maklumat unit, simptom dan lokasi sebelum menyemak keperluan kerja. Punca kerosakan perlu didiagnosis sebelum cadangan repair; skop dan harga akhir diterangkan untuk pengesahan pelanggan.

Tarikh dan masa dalam borang ialah cadangan sehingga Admin mengesahkan janji temu.

ONETECH.MY · SERVICE YOU CAN TRUST

Perlukan Servis Aircond yang Boleh Dipercayai?

Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih mudah, telus dan profesional kepada setiap pelanggan.

WhatsApp↑Atas